#Hiburan: Sering Dibayangi Populariti Bapa, Yamani Abdillah Tersingkir Program Big Stage 2020

Anak kepada penyanyi lagenda Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah dilaporkan telah tersingkir daripada program realiti Big Stage 2020 dalam konsert minggu keempat yang berlangsung semalam.

Yamani yang menyanyikan lagi Mimpi Laila itu telah tersingkir setelah menerima hanya 62 markah terkumpul.

Dalam konsert minggu ke-empat yang diadili tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai dan Faizal Tahir serta juri jemputan, penyanyi rap Joe Flizzow. Manakala untuk presiden netizen pada malam itu diwakili oleh penyanyi dan juga pelakon Elly Mazlein.

Menurut Dayang yang tampil memberi komen terhadap persembahan Yamani pada malam itu, meskipun persembahan dan kualiti suara peserta adalah baik namun dia (Yamani) harus mencari identiti sendiri kerana ada segelintir pihak di luar sana gemar membandingkan dirinya dengan bapanya, Datuk Jamal Abdillah.

“Sebenarnya nyanyian awak bagus dan baik tapi mungkin terlalu teruja menyanyi sambil nak menari, vokal jadi off pula. Setakat empat minggu ini, awak ada warna suara tersendiri. Tetapi awak kena cari identiti sendiri yang masih orang tak nampak. Saya kasihan juga bila orang bandingkan awak dengan bapa,”

Manakala dalam saingan kali ini, Usop dilaporkan telah menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 86.2 peratus, diikuti Fadh Majid (78.6) dan Azzam Sham (75.2).

View this post on Instagram

Congrats Untuk 8 peserta yg berjaya ke minggu hadapan! Apa-apapun sama-sama kita doakan supaya @sandradianneofficial kembali sembuh & terima kasih kat korang yg support #BigStage2020 sampai trending malam ni.. ?Kita jumpa di konsert yang ke 5 Okay. Save the date! . @usopofficial @nanaasheme @fadhmajid @farisha_iris @yamaniabdillah @azzam_sham @sandradianneofficial @dinierashid @qodyranyy @drhafizzainal . . #BigStage #BigStage2020 #DominasiBBNUNormaBaharu #NormaBaharu #DominasiBBNU

A post shared by BIG ST??GE 2020 ? (@bigstageofficial) on

Peserta lain yang turut mara ke pusingan seterusnya ialah Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Qody Rany dan Nana Sheme. Manakala untuk peserta Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu telah diberikan pengecualian dan ianya bergantung kepada tahap kesihatan Sandra selepas ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments