#Hiburan: Selepas 4 Bulan Bercerai, Sharifah Sakinah Sedang Kenal Hati Budi “Jejaka Inggeris”

Sekali gagal dalam perkahwinan, bukanlah bermakna kita perlu menutup pintu hati kita buat selama-lamanya. Lebih-lebih lagi jika anda seorang “hot mom” seperti Sharifah Sakinah yang sudah pasti menjadi tumpuan para jejaka di luar sana. Terbaru, pelakon ini mengesahkan bahawa dirinya kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka Inggeris yang berusia 10 tahun lebih tua darinya. Kedua-duanya kini masih berada di dalam fasa perkenalan.

Kata Sharifah Sakinah:-

Saya gembira dengan apa dilalui hari ini. Ya, saya akui semakin rapat dengan lelaki Inggeris itu. Dia baik, malah kami berkongsi tarikh lahir sama. Jadi, kami boleh dikatakan serasi. Usia pula berbeza 10 tahun. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk berbicara soal hati

sharifah sakinah bercerai
Jejaka Inggeris itu turut hadir memberikan sokongan kepada Sharifah Sakinah di dalam sebuah majlis pengumuman pemenang cabaran menurunkan berat badan 18 hari saja anjuran produk kesihatan, Whollyfitz. Fuh! Memang sweet lain macam. Tak sabar rasanya nak menatap wajah si jejaka. Pasti kacak sehingga dapat memikat hati Sharifah Sakinah. Semoga urusan kedua-duanya dipermudahkan. Sama-sama kita doakan. Sumber BhOnline.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments