Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Meerqeen bakal membawakan watak sebagai pesakit ‘Kluster Kayangan’ menerusi filem Frontliners yang bakal ditayangkan pada Oktober nanti.
Jika sebelum ini kecoh apabila kewujudan golongan yang dilabel sebagai ‘Kluster Kayangan’ di mana golongan ini yang pulang dari luar negara harus menjalani tempoh kuaranti namun bersikap acuh tak acuh dan angkuh terhadap petugas barisan hadapan.
Namun, menurut Meerqeen, dia tampil memberanikan diri membawa watak berkenaan dan bersedia untuk menerima kecaman dan kritikan daripada penonton kelak.
Merqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam,19, turut berkata dirinya sudah sedia untuk dibenci kerana baginya ia hanyalah karakter yang perlu dilaksanakan dalam naskah filem tersebut.
“Saya bawa watak sebagai pesakit ‘kluster kayangan’ yang degil, nak dilayan seperti raja dan hanya mahu duduk di tempat selesa sahaja. Sebenarnya saya lagi suka kalau orang benci saya. Bagi saya, kalau dibenci itu maksudnya satu bonus..maknanya lakona saya menjadi. Tapi biarlah saya dibenci disebabkan watak itu, bukan sebab diri saya. Saya bukan orang seperti itu,”
Pemenang tempat ketiga program Hero Remaja 2020 ini turut memberitahu bahawa dia akan menerima segala kritikan memandangkan dia masih ‘hijau’ dalam dunia lakonan serta masih di dalam proses untuk menimba ilmu dalam dunia seni.
Filem Frontliners yang mengisahkan mengenai suka duka petugas barisan hadapan atau lebih dikenali sebagai ‘frontliners’ dalam menghadapi ancaman wabak COVID-19 dalam negara Malaysia. Filem yang bakal ditayangkan di Astro First ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Azhan Rani, Beto Susyairi, Achey Bocey, Black dan ramai lagi.
Sumber : mStar Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments