#Hiburan: “Saya Hanya Sempat Hamil Beberapa Hari..” Alami Keguguran, Yatt Hamzah Redha Dengan Takdir Allah SWT

Pelakon Yatt Hamzah baru-baru ini telah mengalami keguguran anak ke limanya pada petang Selasa yang lalu selepas mengadu sakit cirit birit.

Dia yang menzahirkan perasaan sedih itu di ruangan Instagram akui telah redha dengan nasib dan takdir yang menimpa dirinya.

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah turut berkongsi saat-saat ketika janin anaknya itu ditanam bersama suami tercinta.

View this post on Instagram

 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM. 15 September 2020 – Wahai Anak Bonda yg ke – 5 .. Tiada rezeki Bonda utk mendakap dan besarkan kamu di dunia spt kakak2 yg lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti..?? Allah lebih Menyayangimu. Allah lebih Mengetahui.. . Innalillahiwainnailaihirojiun. Mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi. . Kenapa ada ubat CIRIT BIRIT? Sbb sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit birit dan muntah selepas makan di Restoran Ikan Bakar Muara Sungai Melaka pd malam sebelumnya. Mulanya ingat sakit perut krn keracunan shj. Rupanya ada ? nak pergi tinggalkan Bondanya. . Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga Bonda segera sembuh.. Doakan ya.. ?? . #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #ALFATIHAH #INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN #miscarriage #anakBondakelima

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

“Tunggu bonda, abah dan kakak2 di pintu syurga ya Anak..Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah untuk Bondanya..”

Meskipun hanya sempat mengandungkan Abdullah beberapa hari sahaja, Yatt memberitahu yang dia percaya di atas segala aturan Yang Maha Esa.

View this post on Instagram

Tunggu Bonda, Abah dan Kakak2 di pintu Syurga ya Anak. Bonda namakan Anakanda Bonda ini Muhammad Abdullah kerana Dia tetap anugerah Allah utk Bondanya. Peluang mengandungkannya itu mulia walaupun hanya sekejap saja. Bonda Redha dgn taqdirNYA, mudah2an ada hikmah yg tak ternilai. . InsyaaAllah ada janjiNYA yg baik2 utk ibu yg REDHA atas taqdirNYA walaupun hanya sempat mengandungkan beberapa hari sahaja. Wallahu a’lam. . AL – FATIHAH..? . MUHAMMAD ABDULLAH 15 SEPTEMBER 2020 3.30 PM . @zulfadhli_khiruddin #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #sharingiscaring #THESUCIS #AllahyarhamMuhammadAbdullah #ALFATIHAH #miscarriage #miscarriagesupport

A post shared by BONDA of 5, 4 here 1 in HEAVEN (@yatthamzah_suci) on

Yatt Hamzah dan suami Muhammad Zulfadli yang mendirikan rumah tangga selepas bercerai dengan suami pertama, Abdul Mutalib Shukor telah dikurniakan tiga orang cahaya mata serta seorang anak perempuan hasil perkahwinannya yang terdahulu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments