#Hiburan: ‘Review’ Produk Tayang Tubuh Badan Di Instagram, Pelakon Tiz Zaqyah Ditegur Netizen

Pelakon cantik, Tiz Zaqyah baru-baru ini dikecam netizen apabila dia dilaporkan tidak menyemak dan menapis dahulu produk sebelum membuat ulasan ataupun lebih dikenali sebagai ‘product review’.
Tiz sebelum ini telah memuat naik sebuah entri berupa video iklan yang mensasarkan golongan wanita yang mempunyai masalah dan punggung leper.

Video tersebut telah memaparkan seorang wanita yang sedang menari sehingga menampakkan sebahagian aset payudaranya.

View this post on Instagram

Macam patung la dia ni… RAHSIA ASET MANTAP WANITA ? Tiz nak Share dekat akak-akak yg ada masalah payudara dan punggung : ?Kurang mantap ?Kecil ?Mengeleber ?Jatuh londeh ?Kendur akibat bersalin Kesan perubahan seawal 3-7 hari boleh nampak. Pasti akak dapatkan vessa serum yang original di @vessa.hq Jommmm follow IG @vessa.hq @vessa.hq Untuk tengok testimoni hot-hot client yang dah berjaya setelah pakai vessa serum ini ?

A post shared by ??? ?????? ????? (@tiz.zaqyah) on

Pengikut serta peminat yang mengikuti entri berkenaan rata-rata telah tampil menegur Tiz supaya mencari duit sampingan dengan cara yang lebih baik.

Dalam pada itu, ada pula segelintir warga net yang tidak percaya Tiz akan melakukan perbuatan sedemikian dan mendakwa akaun Instagram Tiz Zaqyah telah digodam oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai selebriti kini melakukan perkhidmatan ulasan produk dan perkhidmatan sebagai salah satu usaha dalam mencari pendapatan sampingan. Namun, yang menjadi isunya apabila kandungan iklan yang tidak sesuai dipaparkan kepada umum kerana terlalu seksi dan menjolok mata.

Sebelum ini, usahawan kosmetik Safiey Ilias turut dikecam warganet apabila dia dilihat tidak menapis dulu bahan iklan sebelum mempromosikannya di media sosial.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments