#Hiburan: Mira Filzah Dan Suami Rancang Berbulan Madu Di Langkawi

Kisah perkahwinan merpati dua sejoli, Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar sehingga kini bagai tidak putus-putus mendapati perhatian ramai khususnya para peminat setia pelakn berkenaan.

mira filzah nikah

Biarpun sudah berakhir majlis pernikahan dan dua majlis resepsi kedua-dua belah pengantin yang khabarnya menerima jolokan “Wedding of the year” ini, namun sehingga kini kisah cinta mereka masih menjadi bualan hangat netizen apabila satu demi satu didedahkan oleh pasangan itu dari saat perkenalan mereka sehinggalah ke jenjang pelamin.

Bagaimanapun, apabila disoal berkenaan lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu untuk berbulan madu. Mira dan Emir difahamkan merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Sekadar infrmasi, suami Mira Filzah merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Emir juga difahamkan telah menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

mira filzah nikah

Pasangan ini telah sah menjadi suami isteri dengan  sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam.

Majlis yang bertemakan Mihrab Cinta itu pihak perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin serta 9 dulang berbalas 11 dulang. Bagaimana pun wang hantaran dirahsiakan.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments