Setelah hampir tiga tahun menyepi dalam dunia hiburan, penyanyi Tasha Manshahar kini kembali aktif dalam industri seni namun menurutnya, dia enggan meneruskan kariernya dalam bidang nyanyian.
Menurut pemilik nama Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar,28, dia kini memilih untuk menceburkan diri dalam bidang yang dirasakan lebih sesuai dengan penampilannya kini sebagai guru, isteri dan juga seorang ibu.
Tambahnya lagi, sepanjang dia mendiamkan diri selama tiga tahun dari dunia seni, kehidupannya dirasakan lebih stabil dari segi emosi,fizikal dan mental. Disebabkan oleh hal demikian, kini Tasha mengambil keputusan untuk kembali berrgiat aktif.
“Mungkin sebelum ini, usia saya masih muda dan macam-macam berlaku ketika itu sebab itu saya ambil masa untuk berehat dan belajar menjadi orang yang lebih baik. Cumanya saya tidak akan menyanyi semula tapi mungkin aktif semula dalam bidang yang sesuai dengan imej dan personaliti saya sekarang. Saya memang tiada perancangan untuk kembali menyanyi,”
Tasha juga berkata, jika diberikan peluang untuk mengacara dia akan menerimanya dengan tangan terbuka kerana merasakan karier tersebut lebih sesuai dengan statusnya kini sebagai seorang guru, isteri dan juga ibu kepada seorang anak.
Dia yang pernah tampil dengan imej berpurdah sebelum ini dikatakan hanya berpakaian seperti itu ketika memulakan tugasnya sebagai guru di Melaka. Disebabkan oleh ramai di luar sana yang mengenali siapa Tasha Manshahar, penyanyi yang popular dengan lagu Terima Kasih Cinta ini memilih untuk membawa penampilan seperti itu atas faktor privasi.
“Saya tak pernah kata yang saya akan bawa imej berpurdah itu sepenuhnya. Cuma sebelum ini saya pakai purdah ketika awal bertugas sebagai guru di Melaka dan dalam pada masa yang sama, ramai yang mengenali. Jadi saya rasa itu salah satu cara untuk saya dapatkan privasi bila nak kemana-mana. Tapi belum sampai masa untuk bawa imej itu sepenuhnya,”
Sekadar info, Tasha Manshahar kini bergelar isteri kepada penyanyi Raqib Majid dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muammar Rafiqi yang kini berusia setahun
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments