Dituduh melakukan suntikan vitamin di muka, malah ada yang mendakwa dia disengat lebah kerana perubahan muka yang ketara, Syafiq Farhain tampil menjelaskan sebab sebenar wajahnya membengkak di Instagram miliknya.
Sebelum ini, penyanyi ini ada berkongsi foto memaparkan keadaan wajahnya itu di ruangan media sosial Instagram.
Ternyata, ianya telah mendapat perhatian peminat kerana perubahan ketara yang dialami Syafiq dan ramai yang bertanyakan apakah sebenarnya yang terjadi.
Malah ada yang menyangka Syafiq telah cedera kerana digigit tebuan.
“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah,”
Penyanyi lagu Demi Setia ini kemudiannya menjelaskan bahawa wajahnya membengkak kerana kesan suntikan bius yang diambil sebelum proses penanaman rambut di kepala.
Mengakui agak risau melihat wajah semakin berubah bentuk, namun dia lega kerana diberitahu bahawa proses itu adalah normal oleh pegawai perubatan bertauliah.
“Mula-mula risau juga bila muka bengkak tapi doktor kata normal dan akan membengkak beberapa hati. Saya memang ada masalah rambut keguguran yang sangat teruk. Jadi saya ambil langkah awal untuk lakukan prose tanam rambut,”
Dia yang mengalami masalah keguguran rambut yang serius sebelum ini telah mengambil keputusan untuk menjalani prosedur tersebut baru-baru ini.
Tambahnya, penampilan diri amat penting buat seorang lelaki tambahan dirinya yang kini bergelar selebriti.
Sumber : Media Hiburan
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments