#Hiburan: “Ada Mengaku Patah Hati Dan Menangis” – Bakal Berkahwin, Ikmal Amry Akui Ada Peminat Sedih

Pelakon drama siri Gantung, Akmal Amry baru-baru ini ada mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Najla Shamsul pada Disember ini.

Pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali,26, ini turut mendedahkan bahawa selepas pengumuman itu dibuat, ada di antara peminat seolah-olah tidak boleh menerima keadaan tersebut.

Katanya lagi, ada di antara mereka yang bertindak memadam fotonya di akaun media sosial masing-masing malah Ikmal turut memberitahu bahawa jumlah pengikut di laman Instagramnnya juga semakin berkurangan gara-gara pengumuman itu.

Namun begitu, dia tidak menyangkal masih ada peminat yang baru mengikuti perkembangannya ‘bersetuju’ dan gembira dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Bila saya umumkan akan berkahwin dan kongsikan foto bersama Najla, ada di kalangan peminat baru yang ‘setuju’ kami bersama dan mereka gembira. Bagaimanapun ada juga yang patah hati dan menangis-nangis, padam foto saya di Instagram dan ada yang buat status di Twitter dan sebagainya, tak boleh terima.”

Mengakui ada sesetengah peminat yang terlalu ‘obses’ dengan dirinya, mereka menyangka bahawa dia tidak boleh bersama dengan sesiapa pun gara-gara watak Ray yang dibawa dalam drama siri Gantung.

“Akan tetapi saya cuba balas balik. Randy Pangalila (pelakon siri Gantung) boleh berkahwin, mengapa tidak saya?”

Dia yang ditemui bersama tunangnya, Najla Samshul di sebuah sidang media dan acara menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar itu sebelum ini telah mengumumkan bakal disatukan pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah dan akan melangsungkan majlis resepsi di Subang, Selangor seminggu kemudian.

Sumber: Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments