Penyatuan dua hati iaitu pelakon Mira Filzah dan lelaki pilihannya ternyata membawa senyuman di wajah semua rakyat Malaysia. Meskipun pengumuman perkahwinan berlaku secara tiba-tiba namun ramai yang khabarnya mengikuti siaran langsung menerusi stesen penyiaran rasmi majlis tersebut iaitu TV3.
Berlangsung meriah dengan kehadiran 250 tetamu yang mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, Pusat Konvensyen Sime Darby menjadi saksi kepada momen indah buat pasangan ini.
Mira Filzah dan Wan Emir Astar juga tampil sedondon dengan busana pengantin berwarna putih malahan pakaian pelakon wanita itu turut direka khas oleh pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini.
Lihat sahajalah kemeriahan majlis pernikahan #emiramirah yang berlangsung malam semalam ini.
Saat diijab kabulkan
Akhirnya sah menjadi milik masing-masing
Keluarga turut sama berada di sisi ketika hari penting
Tahniah kepada pasangan secocok ini, semoga masjid yang dibina akan kekal sehingga ke jannah!
Sumber foto: Rizman Ruzaini Couture
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments