Bagi memastikan ibu bapa yang kini sudah tua hidup dengan selesa, Achey membuat keputusan untuk mengubahsuai bahagian ruang tamu di rumahnya.
“Parkir yang dulu boleh muat empat kereta diubah menjadi dua buah sebab mak abah pesan tarik ruang tamu untuk membolehkan mereka lepak bawah.”
Keputusan ini diambil selepas mengambil kira dan keadaan kesihatan ibu bapanya yang sudah tidak berdaya untuk turun dan naik tangga lagi.
Bukan itu sahaja, pelawak itu turut menyediakan satu lagi tandas khas untuk memudahkan kedua orang tuanya.
Kalau anda perasan, Achey ada berkongsi suatu masa dahulu bahawa dia akhirnya berjaya membeli rumah tiga tingkat, hasil daripada 10 tahun menyimpan duit.
“Alhamdulillah, kita cuba yang terbaik untuk keselesaan keluarga dan diri sendiri. Cara nak ‘reward’ diri sendiri tak sama, tapi ‘reward’ diri ke arah positif.”
Bahkan kongsi Achey, itu juga adalah merupakan satu cara untuk dia mengukur kejayaan dalam menyimpan dan menguruskan kewangan sendiri.
Melihatkan perkongsian Achey yang menyentuh hati itu, ramai peminat yang membanjiri entri tersebut dengan pujian kerana lelaki itu yang tidak lupa untuk mendahulukan kedua ibu bapa dan keluarga.
Lain tahu perasaan apabila kita berbelanja duit simpanan untuk kepentingan kedua ibu bapa.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments