#Hiburan: Cakap Dialek Sabah Terlalu Pekat, Pelawak Atu Kecewa Kerana Susah Dapat Peluang Mengacara Dan Berlakon

Pelawak dan pengacara, Atu Zero akui dirinya kini sukar mendapat pekerjaan hanya kerana dia lebih selesa bertutur menggunakan dialek negeri kelahirannya, Sabah.

Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif berkata, dia sudah beberapa kali digugurkan namanya daripada produksi atas alasan pertuturan dialek Sabah yang terlalu pekat.

“Mereka kata penonton tak faham apa yang saya cakap dan terpaksa gugurkan nama saya,”

Walau bagaimanapun, dia hanya redha dan menganggap itu bukan rezeki yang menyebelahi dirinya.Dia juga sama sekali tidak mengkritik semua penerbit program yang memberi alasan sedemikian namun cuma hanya segelintir yang bersikap seperti itu.

 Mencuba untuk bersikap positif, Atu berkata rezeki yang diperolehi tidak terhad kepada bidang seni sahaja namun datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Ketika ditanyakan mengapa lebih suka untuk bertutur dalam pelat Sabah, Atu menjelaskan dia punyai sebab yang tersendiri.

“Salah ke jika saya mahu memartabatkan bahasa ibunda negeri saya? Kalau kami (anak seni) dari Sabah tidak mempertahankannya, siapa lagi? Tapi bukanlah bermakna saya tidak boleh langsung bercakap pelat orang bandar (Kuala Lumpur) namun mungkin ramai penerbit yang tidak yakin agaknya,”

View this post on Instagram

Salam semua Alhamdulilah Salahuddin sama @mazlan_1708 dibelakang… Cari barang dapur #sayabacakomenkamu #pantangmundurkecualianknngis #pantangmundurkecualisygbini

A post shared by Minta Tunjuk Ajar (@akueatu) on

 Atu juga menegaskan dia akan mengajar anak-anaknya, Sumayyah dan Hud supaya bercakap bahasa Sabah meskipun kedua-duanya lahir di Semenanjung Malaysia.

“Lagipun satu kelebihan buat mereka kerana boleh menguasai dialek negeri lain, bukan senang tau..Di sabah, lain daerah lain slangnya!” – Atu Zero

Sumber: Gempak.com


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments