Rezeki semakin mencurah-curah apabila menerima banyak tawaran berlakon, pelakon Redza Rosli akui bersyukur walaupun industri seni agak terjejas akibat dilanda wabak Pandemik COVID-19.
Redza juga memberitahu akan menggunakan peluang tersebut sehabis baik untuk meluaskan langkahnya dalam industri seni tempatan terutamanya dalam bidang lakonan.
View this post on InstagramTutup mata saya nampak apa? Cuba teka? ? . #RedzaRosli #RRSupporters #RR
“Alhamdullilah, setakat ini tahun 2020 memberikan saya rezeki yang tidak putus-putus. Awal tahun saya bermula dengan baik. Walaupun selepas itu semua anak seni berehat kerana PKP, kini kerjaya seni saya semakin rancak dengan pelbagai tawaran. Selepas ini pun sudah ada tawaran lain yang menanti, syukur Alhamdullilah,”
Menyentuh soal peribadi, Redza mengakui dirinya masih solo dan tidak berminat untuk bercinta. Dia yang ditemui Astro Gempak juga turut menjelaskan bahawa tidak mudah baginya untuk suka pada seseorang.
Dia yang tidak kisah sesiapa pun jodohnya kerana itu semua ketentuan Allah S.W.T. Menurutnya lagi, dia lebih senang berkawan dulu sebelum ke fasa seterusnya. Redza turut menegaskan bahawa dia lebih gemar ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri daripada bercinta dengan orang lain.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments