Semakin meriah nampaknya keluarga pasangan Bella Astillah dan Aliff Aziz apabila wanita itu dikhabarkan telah selamat melahirkan anak kedua yang merupakan bayi perempuan tepat jam 6.10 pagi tadi.
Menurut Bella, proses untuk melahirkan kali yang kedua ini lebih lama berbandingkan ketika melahirkan anak sulungnya iaitu Mohamad Ayden Adrean.
Pun begitu, wanita tersebut bersyukur kerana selamat melalui proses tersebut dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakannya.
“Saya tiba di hospital tadi jam 3.30 pagi, puteri saya dilahirkan jam 6.10 pagi. Alhamdulillah, abang dulu satu jam setengah, adik pula dua jam setengah.”
Meskipun Aliff Aziz masih lagi tersangkut di Singapura dek pandemik COVID-19 yang menular dengan bahayanya, ibu kepada dua orang cahaya mata itu yakin doa suaminya sentiasa bersama.
Meskipun pasangan ini melalui pelbagai badai dan onak berduri sehingga pernah hampir bercerai tapi nampaknya jodoh mereka masih panjang.
Semoga keluarga ini terus bahagia selamanya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments