Aktress dan juga penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad,36, meluahkan rasa ‘bengang’ terhadap seorang pelakon baru yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.
Menurutnya, bukan isu pelakon veteran atau pelakon lama, tapi masalahnya perbuatan itu telah mengganggu kerja orang lain.
“Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal datang lambat. Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain,”
Advertisement
Ketika dihubungi Gempak, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukanlah ingin berlagak sebagai seorang diva atau senior dalam industri hiburan tanah air. Siti Elizad juga berkata perkara itu haruslah disedari sendiri oleh si pelaku kerana ianya berpunca dari sikap tidak berdisplin.
View this post on InstagramAdvertisement
Menurutnya lagi, untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya, artis baru seharusnya tidak mempunyai banyak alasan untuk datang lambat ke set penggambaran. Dia juga berasakan bahawa sikap tersebut merupakan masalah yang datang dari diri sendiri.
“Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja. Saya sendiri amalkan kalau masa kerja mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,”
Siti Elizad yang sebelum ini ada memuat naik entri berbaur kekesalan mengenai seorang artis baru yang sering datang lewat di laman ig storiesnya. Namun siapakah individu terbabit tidak pula didedahkannya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments