#Hiburan: Saharul Ridzwan Akui Pernah Boros Berbelanja Sampai Berhutang

Tidak malu mengakui pernah mengalami zaman kejatuhan selepas berdepan masalah kewangan pada 2017, pelakon tampan Saharul Ridzwan dikhabarkan terpaksa meminjam wang daam jumlah yang banyak untuk kelangsungan hidup.

saharul ridzwan boros tak ada duit

Menurut Saharul, pekaraitu juga menyabbakan dirinya terpaksa menjual barangan dan koleksi peribadi untuk menampung perbelanjaan dan kos sara hidup.

Advertisement

“Saat itu, saya sampai tahap menjual barangan, nak gadai koleksi peribadi dan catu bawa duit RM30 sehari.”

Bagaimanpun, segalanya seakan berubah apabila pelakon ini mula tersedar daripada lamunan saat melihat Ali iaitu putera sulungnya membesar depan mata meskipun pada ketika itu dirinya masih bergelut dengan ketiadaan wang ringgit.

saharul ridzwan boros tak ada duit

“Saya anggap kehadiran Ali yang semakin membesar membakar semangat untuk keluar daripada zon tidak selesa. Sebab itu, saya menghasilkan keluarkan produk pada 2019. Saya percaya inilah waktu terbaik untuk terus merencana masa depan,”

Tambah Saharul, rakannya, Fizo Omar menjadi individu yang berada di sisi, selain banyak membantu ketika berdepan kegetiran hidup.

Advertisement

saharul ridzwan boros tak ada duit

“Saya akhirnya berjaya melunaskan hutang piutang. Cuma, kini tinggal hutang dengan bank sahaja. Alhamdulillah, hutang lain diselesaikan. Saya anggap ini adalah pencapaian terbaik.”

Untuk rekod, Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir telah melangsungkan perkahwinan pada 16 September 2016. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ali dan Fateema Azzahra.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments