Setelah berubah penampilan menjadi lebih kurus dari sebelum ini, penyanyi Ifa Raziah kesal apabila dituduh membuat pembedahan Bariatrik, atau dalam kata mudah, pembedahan memotong usus untuk mencapai berat idaman.
Ifa Raziah yang ditemui Astro Gempak meluahkan rasa kekesalan apabila ramai netizen seolah menyimpan hasad dengki terrhadap dirinya sedangkan dia tidak pernah mengambil tahu perihal orang lain.
“Kenapa la hitam sangat hati tu? Saya tak pernah kacau hidup orang lain selama ini. Yang ramai fitnah saya tuduh saya buang usus itu mungkin ada masalah dengan diri sendiri,”
Advertisement
Ifa juga memberitahu, dia pernah menceritakan mengenai suka duka perjalanannya untuk menjadi kurus seperti yang dilihat sekarang ini. Ifa turut mengakui dahulunya dia tidak makan nasi dan sangat menjaga pemakanan ketika fasa awal proses menguruskan badan.Kini, Ifa Raziah sudah mula menjamah nasi tiga kali seminggu, itupun hanya satu kali sehari.
Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dirinya sedih dan kesal kerana ada sesetengah netizen menuduhnya menjalani prosedur menguruskan badan secara ekspress iaitu dengan menjalani pembedahan membuang usus, dan kemudiannya menjual produk kurus iaitu Solid Molid yang didakwa mereka adalah palsu.
“Saya jual produk Solid Molid kerana saya kurus dengan bantuan produk saya sendiri. Jadi saya kongsi kepada umum untuk kebaikan bersama. Salah ke? Habis tu sebelum-sebelum in testimoni yang berjaya kurus, turunkan berat bada dengan Solid Molid tu semua potong usus ke?
Walau bagaimanapun, dia kini hanya berserah kepada Yang Maha Esa setiap kali mendengar lontaran fitnah daripada masyarakat terhadap dirinya. Dia juga berharap orang di luar sana yang tidak senang duduk melihat kejayaan dia ketika ini sehingga sampai ingin menjatuhkan reputasi produknya itu supaya menghentikan fitnah terhadap diri dan perniagaannya.
Sumber: Astro Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments