#Hiburan: Gaji RM1,600 Tak Mampu Beli Kereta Mahal, Kali Ini Hairul Azreen Pula ‘Tayang’ Foto Kereta Pertama

Jika sebelum ini Dato Aaron Aziz telah mengimbas kenangan kereta pertama yang dipakainya ketika awal penglibatannya dalam dunia seni, kali ini Hairul Azreen juga tampil berkongsi mengenai kereta pertamanya ketika mula bekerja.

Menurut pelakon Paskal dan juga suami kepada aktres Hanis Zalikha ini, kereta yang dimiliki ketika hanya bergaji RM1,600 itu telah melalui beberapa pengubahsuaian meskipun sering disindir kenalan.

View this post on Instagram

My first car ? Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar body kit semua org cakap ,kau ingt kereta kau Subaru Impreza!! Dulu saya tukar seat recaro orang cakap tak payah yo yo ooo sangat kereta 1.3 je! Iswara tetap iswara rul, Saya tahu masa tu gaji saya RM1600 saya tak mampu nak beli GTR Ke Ferrari ke tp saya ada impian ada cita2 tau ? (tak salah berangan) Guys terus lah kejar impian anda mana tau satu hari nanti jadi kenyataan ,ingat tak payah peduli apa orang nak cakap , yang penting jgn give up kita je tau apa yg terbaik utk diri kita sebab #TheBestNeverRest ????? #SerdangHebat

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

“My first car. Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar bodu kit semua orang cakap, kau ingat kereta kau Subaru Impreza?”

Hairul dalam pada itu turut memberitahu, tiada salah jika ingin mengejar impian kerana kita tidak tahu sama ada impian itu akan menjadi kenyataan atau tidak.

View this post on Instagram

Good Morning, @thealisaaisyah

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

 Apa yang ingin disampaikan bapa kepada dua cahaya mata kepada orang ramai di luar sana adalah untuk terus mengejar impian dan tidak perlu peduli dengan kata-kata daripada mulut orang kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments