#Hiburan: Erra Fazira Pening Kepala Aleesya Asyik Minta Adik Baru

Mendedahkan dirinya mempunyai keinginan untuk berumah tangga namun lebih berhati-hati dalam memilih pasangan biarpun hubungan cintanya bersama penyanyi Shahir Zawawi dikhabarkan berakhir sejak Januari tahun lalu, primadona Erra Fazira akui tidak lekang memanjatkan doa agar dipertemukan jodoh yang baik.

erra fazira pening anak minta adik baru

“Kalau ada calon saya tak akan terus redah. Saya nak pastikan dahulu, sebab saya umur pun dah berapa dan kali ketiga jika mahu berumah tangga, saya jadi lebih berhati-hati.”

Menurutnya cahaya mata perempuannya Engku Aleesya acap kali meminta adik baru namun meletakkan beberapa syarat buat Erra.

erra fazira pening anak minta adik baru

“Aleesya minta adik tapi tak mahu saya kahwin lagi, macam mana? Kadang-kadang, saya ada mengusik Aleeysa cakap ada lelaki ajak kahwin. Terus dia kemurungan dan sedih.”

Ujarnya lagi, mungkin anaknya itu takut andai kasih sayangnya berbelah bahagi jika Erra berkahwin lagi.

erra fazira pening anak minta adik baru

 

“Mungkin dia takut kasih sayang berbelah bahagi. Tapi bila bercakap pasal adik, asyik tanya bila dia nak dapat adik.”

Terdahulu, Erra dan bekas suaminya Engku Emran telah mendirikan rumah tangga pada 25 Okt 2007. Hasil perkahwinan selama tujuh tahun itu pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan. Namun hubungan yang dibina tidak berkekelan apabila pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

 


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments