#Hiburan: Didakwa Tinggal Sebumbung dengan Nabil Mahir, Ayda Jebat Balas Pernyataan Netizen

Sering memuat naik foto mesra bersama, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang telah mengikat tali pertunangan kira-kira dua bulan lalu telah dituduh tinggal sebumbung oleh netizen.

Pasangan ini yang banyak menghabiskan bersama tidak kiralah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dianjurkan kerajaan.

Namun dalam kemesraan yang sering ditonjolkan Ayda dan Nabil, ada juga berita yang tidak sedap didengar. Ada beberapa netizen telah membuat spekulasi bahawa mereka berdua telah tinggal sebumbung. Betul ke?

Advertisement

“Seronoknya belum kahwin boleh satu rumah walaupun realiti ada ramai di rumah, ni berdua saha dalam video. Dulu-dulu aku bertunang jangan harap dapat jumpa macam ni selalu,”

View this post on Instagram

?? . The biggest mistake I made in the past was that I believed love was about finding the right person. In reality, love is about BECOMING the right person. Don’t look for the person you want to spend your life with. Become the person you want to spend your life with. . ‘To a new beginning of a beautiful chapter. ?’ I got it @nabilmahir ? . #AydaJebat #NabilMahir #WuvvShow #WuvvWaff #BeBetter #ShoJambu

Advertisement

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

 Pernyataan yang dilemparkan netizen itu walau bagaimanapun telah dibalas semula oleh Ayda Jebat. Tidak berdiam diri, Ayda berkata mereka berdua masih belum berani untuk keluar dari rumah dalam keadaan pandemik COVID-19 yang belum pulih sepenuhnya ketika ini.

“Kita masih tak berani nak keluar sangat, takut. Jadi lebih baik jumpa, mesyuarat, penggambaran di rumah. Lebih selamat dan selesa. Tak perlu pakai mask dan sanitizer,”

Mengimbas kembali, Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengambil keputusan untuk bertunang secara dalam talian pada 28 April lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments