Siapa kata hubungan yang keruh tidak boleh dijernihkan? Sama juga dengan pelakon Erma Fatima yang sepertinya sudah berbaik dengan bekas madunya, Aida.
Bagi yang tidak tahu, Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi telah bernikah dengan Erma atau Fatimah Rahmad pada 30 November 1991 sebelum berkahwin buat kali kedua dengan Aida pada 2014.
Pada 2015, pelakon wanita itu bertindak memfailkan perceraian tapi membatalkan hasrat itu beberapa bulan kemudian setelah dipujuk oleh Bade. Walaubagaimanapun, pasangan itu tidak dapat menyelamatkan perkahwinan mereka dan sah bercerai pada 2017.
Meskipun hubungannya dan Aida nampak keruh namun terbukti semuanya sudah pun diletak ketepi. Menerusi entri yang dimuat naik oleh Erma baru-baru ini, kelihatan dia dan anak-anaknya telah datang ke rumah Bade untuk beraya bersama.
View this post on Instagram
We may not be a good MADU but we always can be a good family. Insyaallah… #sillaturahim
Advertisement
“Keluarga. Kami mungkin bukan madu yang baik tetapi kami masih boleh menjadi keluarga yang baik. InsyaAllah…”
Video tersebut melihatkan Erma menegur bekas madunya dengan ramah selain bersembang mesra dengan anak-anak Bade dan Aida. Bahkan kesemua mereka duduk semeja bagi menjamu hidangan Nasi Tomato yang disediakan oleh tuan rumah.
Rata-rata pengikut Erma bersyukur melihat hubungan baik pelakon wanita itu dengan keluarga bekas suaminya. Bahkan ramai yang memuji dia sebagai seorang yang berhati besar.
Buat apa nak bersengketa, sedangkan boleh hidup berbaik dan bahagia kan?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments