#Hiburan: Akibat Tegur Suami Maki Isteri, Pelakon Hairi Safwan Ditumbuk Sehingga Lebam Mata Kanan

Akibat cuba mempertahankan maruah seorang isteri yang dipanggil pelacur oleh sang suami, pelakon Hairi Safwan telah mengalami kecederaan iaitu lebam di bahagian mata setelah ditumbuk oleh suami wanita berkenaan.

Peristiwa yang berlaku di sebuah farmasi di Subang Jaya Selangor pada Khamis lalu itu terjadi apabila Hairi cuba untuk menegur sepasang suami isteri yang sedang bergaduh.

Hairi dikatakan cuba menegur si suami berkenaan yang bertindak mengeluarkan kata-kata kesat terhadap isterinya.

View this post on Instagram

Semoga dipermudahkan segala urusan kami… #tkonutritionsdnbhd #dyxy #wulpakclothing #aswaraonair??timetofly

A post shared by Hairisafwan (@hairisafwan) on

“Ketika itu saya sedang mendukung anak lalu ternampak suami isteri bergaduh. Lelaki itu maki hamun isterinya dengan kata-kata kesat termasuklah ayat ‘kau pelacur’. Saya memang pantang benda sebegitu kalau ada lelaki yang kurang ajar terhadap perempuan dan panggil wanita dengan perkataan itu. Jadi saya pun pergi dekat dan cuba tegur dengan cara yang baik.”

Namun tindakan tersebut tidak berhasil apabila lelaki itu dikatakan terus menumbuk muka Hairi dan terkena tepat di matanya. Berlaku sedikit pergelutan namun terhenti apabila anak yang didukung Hairi pada ketika itu telah menangis.

Dia yang memuat naik foto memaparkan keadaan matanya yang lebam itu menerusi laman sosial pada sabtu lalu.

View this post on Instagram

Nampak macam ketumbit tapi ni alkisah dua hari lepas… Dah lama tak masuk ring.. Sekali sekala sedap juga… Aku jalan dengan anak aku nak masuk pharmacy.. Ada couple gaduh, Tiba2 keluar ayat yg aku tak SUKA dengar ‘KAU PELACUR’ Aku terus pi tegoq.. Dan dapat habuan buku Lima.. Adil bagi aku sebab aku buat dia patah tangan dan aku berenti sebab anak aku reyau saja.. Aku ajak dia pi buat report dia takmau,dia nak duit Ubat saja.. Pastu aku pesan kat dia ‘HANG NAK BAWAK GENG BAWAK LA, TAPI HG KENA INGAT BUDAK UTARA NI KAT TEMPAT ORG DIA SOLO FIGHTER TAK DAPAT HARINI NANTI MESTI DAPAT’ Dah la aku tak dapat duit Ubat, masuk kereta kena beletiaq plak ngan wife aku.. Baru nak tunjuk hero….dua hari takleh buka mata ni..nak ajak repeat takleh dah.. Jangan sesekali kita hina dan kata wanita PELACUR padahal puncanya dari LELAKI bukannya takdir..

A post shared by Hairisafwan (@hairisafwan) on

Ketika ditanyakan mengenai lanjutan kes tersebut, dia menganggap peristiwa itu telah selesai selepas lelaki itu membayar kos rawatan kerana enggan membuat laporan polis.

Turut berseloroh, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan ini turut memberitahu dia telah dimarahi isterinya yang ketika itu menunggu di dalam kereta.

“Tapi keluar saja farmasi dan saya masuk kereta, kena membebel dengan isteri. Sebab isteri nampak masa lelaki itu tumbuk saya tengah dukung anak. Apa-apa pun jangan sesekali kita hina dan kata wanita pelacur. Pada hal puncanya daripada lelaki bukannya takdir.”

Sumber : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments