Memulakan perniagaan kafe sekitar Mei 2015, pelakon jelita Elfira Loy zahir rasa sedih apabila terpaksa menghentikan operasi perniagaannya yang diberi nama “Love Me Seven Days”.
Ujar Elfira, tindakannya membuat keputusan tersebut adalah kerana sukar untuk memberi komitmen terhadap perniagaan itu.
Berita itu dikongsikan sendiri kepada umum oleh Elfira menerusi sebuah muat naik di laman Instagramnya.
“Bukan sebab pandemik ke apa tapi kerana keutamaan saya. Saya tidak boleh lalukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan yang terbaik.”
Biarpun telah mengusahakan kafe tersebut selama 5 tahun, Elfira juga dilihat sempat mengucapkan terima kasih buat para pelanggan yang pernah bertandang dan menjamu selera di kafe miliknya. Malah tetap memohon maaf andai pernah mengguris hati mana-mana pihak sepanjang beroperasi.
“Sedih tapi saya rasa ini yang terbaik. El nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada mereka yang pernah datang ke cafe El , support El dan sentiasa bagi kata semangat kepadal El.”
Bagaimanapun, Elfira juga menyatakan andai dimurahkan rezeki, beliau pasti ingin membuka kembali kafe tersebut. Hal ini kerana, beliau amat berharap ia bukanlah suatu pengakhiran untuk dirinya berkecimpung dalam dunia perniagaan makanan.
Untuk rekod, Love Me Seven Days Cafe telah memulakan operasi pada Mei 2015 hingga Julai 2020.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments