Meskipun nama pelakon Sharnaaz Ahmad sering kali terpalit dengan pelbagai kontroversi rumah tangga, namun perkongsiannya di laman Instagram baru-baru ini seolah memberi bayangan hubungan mereka kembali pulih.
Biarpun sebelum ini kecoh apabila isterinya Noor Nabila telah memfailkan penceraian di mahkamah, Sharnaaz menjelaskan bahawa dirinya akan tetap mempertahankan perkahwinan mereka.
Namun apa yang mencuri tumpuan warganet ketika ini adalah Sharnaaz telah meninggalkan ucapan selamat hari ibu buat isterinya di salah sebuah entri di instagram anaknya, Jebat Jayden.
“Happy mothers day,” tulis Sharnaaz di ruangan komen.
Perkongsian yang dimuat naik di laman instagram anaknya itu turut memaparkan beberapa foto dan video “throwback” Jebat bersama Nabila sempena hari ibu.
Malah, komen yang dititip Sharnaaz itu juga turut mendapat lebih ribuan tanda suka daripada pengikut yang seakan gembira dan mahu pasangan ini kembali bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini agar kembali pulih demi kebaikan bersama selain kebahagiaan cahaya mata sulung mereka.
Hal ini demikian kerana, Sharnaaz juga difahamkan kerap memuat naik beberapa perkongsian video anaknya semasa berada di rumah isteri seolah-olah memberi bayangan yang mereka kini telah tinggal sebumbung.
Namun, berkenaan isu rumah tangga, sehingga kini masih tiada kenyataan jelas dikeluarkan oleh Sharnaaz mahupun Nabila.
Untuk rekod pasangan ini telah bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor dan hasil perkahwinan itu, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments