Sempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-38, pelakon Zamarul Hisham mengumumkan yang isterinya Diana Rafar kini sedang hamil lima bulan.
Dalam perkongsiannya yang mendapat hampir 5,000 tanda suka itu, Zamarul sempat meluahkan rasa syukur dipertemukan jodoh dengan Diana yang menjadi pelengkap hidupnya.
Malah entri itu juga turut menyatakan hasrat Zamarul yang ingin isterinya dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.
“Selamat hari kelahiran buat bidadariku Diana Rafar terima kasih Allah kerana menjadikan dia permaisuri hidupku.
“Semoga diberi kesihatan yang baik, diperluaskan pintu rezeki, sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah SWT.
“Alhamdulillah kini hamil lima bulan, doakan kesejahteraan Diana dan baby semoga diberi kesihatan yang baik,” tulisnya di laman Instagram.
Zamarul yang belum lagi mendedahkan jantina anak dalam kandungan isterinya itu kelihatan amat terharu dan bersyukur.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Zamarul menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan itu malah turut mendoakan supaya isteri serta anak dalam kandungannya Diana dalam keadaan sihat.
Untuk rekod, Zamarul dan Diana telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Kashfi Haikal dan Kayla Reysha.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments