#Hiburan: (VIDEO) Norjuma Habib Timbulkan Kekecohan, Tinggalkan Sidang Media Kes Saman Fitnah

Baru-baru ini, telah berlangsungnya satu sesi sidang media berkenaan  saman fitnah antara Fame Up Entertainment terhadap bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib berhubung penyebaran sebuah video fitnah sekitar Mac 2018.

saman fitnah norjuma habib

Tujuan sidang media itu diadakan adalah bagi mendengar penjelasan daripada kedua-dua belah pihak. Norjuma turut hadir bersama wakilnya selepas dijemput oleh pihak Fame Up yang diwakili oleh peguam Muhammad Hassanuddin Roslan dari Chung, Hasnal & Partners.

saman fitnah norjuma habib saman fitnah norjuma habib

Bagaimanapun, tiba-tiba sahaja usahawan itu menimbulkan kekecohan dan bertindak meninggalkan sidang media. Alasannya, majlis tersebut tidak berlangsung seperti waktu yang telah ditetapkan sebelum ini dan ketika itu lewat lebih kurang lima minit sahaja.

Bertikam lidah dengan peguam, Norjuma tinggalkan sidang media

Entah mengapa Norjuma seakan sukar untuk memberikan kerjasama dengan baik bagi menyelesaikan segala kemelut sehingga keadaan menjadi tegang apabila dia bertikam lidah dengan peguam yang mewakili pihak Fame Up.

Kali ini, dia menuduh pula syarikat berkenaan cuba untuk mencampuri urusan serta pengaruh syarikat miliknya iaitu Aidijuma.

saman fitnah norjuma habib

saman fitnah norjuma habib

Bukan itu sahaja, sehingga hari ini Norjuma masih gagal untuk mematuhi Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah difailkan oleh pihak peguam Fame Up di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 28 Mac 2019 serta mengelak untuk menerima serahan mahkamah.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments