Lagu baru kumpulan Bunkface yang berjudul Akhir Zaman cukup hangat diperkatakan sejak minggu lalu dan mendapat tentangan ramai kerana liriknya yang dilihat berani menyentuh sensitiviti masyarakat terutama golongan homoseksual, LGBT dengan bait -bait lirik meminta agar golongan tersebut untuk “pergi mampus”.
Namun, lagu yang dikatakan seakan mendiskriminasi LGBT dan turut menyentuh isu sensitif politik nampaknya mendapat sokongan peminat.
Puak LGBT yang marah, netizen tak
Menerusi laman Twitter, kelab peminat Bunkface mengatakan mereka langsung tidak berasa marah dengan lagu tersebut tetapi sebenarnya komuniti LGBT yang menentang, tidak berpuas hati dan marah.
Perkongsian itu mendapat reaksi positif. Ramai netizen mengatakan sukakan lagu tersebut dan memberikan sokongan penuh kepada Bunkface atas keberanian dan pendirian kumpulan terbabit menyalurkan mesej.
Terdahulu, ada yang menyatakan bahawa tindakan kumpulan itu sedikit keterlaluan serta cuba menyebarkan sikap kebencian apabila memilih untuk membuat serangan kepada golongan tersebut. Bunkface dianggap sekadar cuba untuk meraih perhatian serta publisiti murahan dan tidak wajar berbuat demikian sekalipun mereka tidak menyukai LGBT.
Malah, ada yang menyeru orang ramai untuk membuat laporan kepada YouTube agar muzik video terbabit dipadamkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments