Pelakon jelita Mira Filzah baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan. Tidak lama selepas itu, timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.
Malah, satu sumber terdekat turut memuat naik foto Mira memakai sebentuk cincin di jari manisnya dengan ucapan tahniah. Mungkin juga itu cincin merisik.
Bagaimanapun, sehingga kini tuan empunya badan enggan mengulas lanjut gosip berkenaan dan berkata akan mendedahkan perkata itu jika hubungan tersebut sudah benar-benar pasti.
Tak ada apa nak komen pun, InsyaAllah kalau benda tu official ke confirm ke, saya akan bagi tahu, saya tak akan sorok. Tak adalah tahu-tahu nikah. Kalau ada nanti kita akan bagi tahu. Nothing to reveal, sekarang.
Pada masa yang sama, Mira berharap orang ramai tidak membuat spekulasi mengenai kisah percintaannya. Perkara itu hanya boleh dipercayai jika kenyataan itu keluar dari mulutnya sendiri.
Mira berkawan dengan ramai orang. Tak semestinya bila kita keluar dengan orang itu, itulah orangnya. Bagi Mira siapa yang nampak tu, nampaklah, yang tahu tu, tahulah. Tapi selagi tak rasmi, tak keluar dari mulut Mira sendiri, kita jangan buat andaian.
Terdahulu, ada yang mengatakan cinta hati Mira bukan calang-calang orangnya dan dikenali sebagai Wan Emir Astar. Seorang arkitek yang memiliki firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.
Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara tetapi kini mereka sudah kembali rapat serta mesra bersama.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments