#Hiburan: Alif Satar Sudah Buat Wasiat, Risau Nasib Isteri Dan Anak-Anak Jika Dia Meninggal Dunia

Kematian tidak mengenal usia, tua atau muda. Bila-bila sahaja diri boleh dipanggil “pergi”.

alif satar

Begitu terkesan dengan berita pemergian dua rakan selebriti iaitu Abam Bocey dan Ashraf Sinclair yang mati mengejut pada usia muda, ia telah memberikan kesedaran dan membuka mata Alif Satar untuk membuat persedian awal buat keluarganya.

Alif telah membuat pelan perwarisan harta daripada sekarang, buat isteri dan anak-anaknya. Tidak mahu nasib mereka terumbang-ambing dan ingin memastikan keluarganya itu mudah meneruskan kehidupan selepas ketiadaannya nanti.

alif satar wasiat

Orang selalu cakap supaya buat simpanan, tetapi sepatutnya anda perlu buat wasiat. Saya sebenarnya tak berapa pandai buat benda ni, tapi ia tetap perlu dibuat.

Saya dah buat wasiat sejak lahir anak pertama. Kita tidak akan tahu berapa lama kita akan hidup.

alif satar isteri

Bab ajal dan maut ini memang kita tidak boleh duga dan tindakan Alif itu sangat tepat. Bertindak awal dengan bijak supaya masa depan keluarga lebih terjamin apabila suatu musibah berlaku kelak.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments