Baru-baru ini, viral dengan isu seorang penyanyi rap BBNU, Zynakal yang didakwa bertindak ganas dengan mencekik seorang pekerja stesen minyak.
Dikecam dan dikritik netizen atas tindakannya itu, ramai yang tidak tahu Zynakal sebenarnya mengalami gangguan mental, Bipolar Mania.
Menurut teman rapatnya, Syazwan Zanini, Zynakal kini ditahan di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani beberapa rawatan pemulihan di hospital. Buat masa ini, keadaan penyanyi itu belum stabil dan kelakuannya tidak boleh dijangka.
Setelah mahkamah menjatuhkan hukuman denda pada Jumaat lalu, kami pujuk dia untuk ke hospital kerana nampak lain pada dirinya yang menggambarkan itu bukan dia.
Awalnya dia menolak, namun akhirnya dia akur dengan permintaan kami, hasil pemeriksaan doktor mendapati dia menghidap salah satu masalah pada mental dan perlu mendapatkan rawatan segera. Buat masa ini tidak dapat dipastikan bila akan dia dibenarkan pulang.
Pada masa yang sama, rakannya itu turut menafikan Zynakal dibawah pengaruh bahan terlarang seperti yang didakwa.
Untuk pengetahuan anda, Bipolar Mania merupakan salah satu penyakit gangguan mental dimana seseorang itu akan kerap berhalusinasi, mempunyai perwatakan yang berubah-ubah, gangguan emosi, terlebih aktif dan kurang tidur.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments