Tahun lalu filem PASKAL The Movie mencipta fenomena tersendiri apabila meraih kutipan sebanyak lebih RM30 juta. Dibintangi pelakon popular seperti Hairul Azreen, Jasmine Suraya, Amerul Affendi, Ammar Alfian, Gambit Saifullah dan ramai lagi.
Tentunya ia merupakan satu pencapaian hebat untuk filem tempatan dan sehingga hari ini “demam” filem tersebut belum reda dan ditayangkan di televisyen.
Malah, baru-baru ini Jasmine menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto mempromosikan filem berkenaan yang di tayangkan di kaca televisyen sempena Hari Malaysia secara percuma di saluran 700.
Namun, komen beberapa orang pelakon filem Paskal menarik perhatian ramai. Mereka meluahkan rasa kecewa kerana sehingga hari ini masih belum menerima bayaran bonus seperti yang dijanjikan. Diberikan harapan palsu.
Dah lebih setahun, payment bonus
belum dapat
Harapnya isu ini dapat diselesaikan tidak lama lagi. Kesungguhan dan dedikasi pelakon merupakan tulang belakang untuk kejayaan sesebuah filem. Lakonan mereka harus dihargai.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments