Sejak isu putus tunang pelakon Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi, nama ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff turut terkena tempiasnya apabila ada sesetengah netizen mengaitkannya sebagai punca anaknya putus tunang. Ramai yang salah anggap sebenarnya sehingga timbul persepsi yang kurang enak.
Bukan mudah untuk Filzah menguruskan kerjaya Elfira yang sudah bergelar anak seni sejak kanak-kanak lagi.
Menurut Filzah, seorang ibu perlu mengongkong setiap gerak-geri anak-anak agar mereka tidak akan mudah lupa diri. Naluri seorang ibu sangat kuat.
Orang nampak saya kongkong tapi kadang-kadang saya dapat tahu daripada kawan sendiri yang mengatakan saya sangat beruntung sebab mendapat anak yang mendengar cakap. Kadangkala kita tidak sedar yang kita demand letak expectation terlalu tinggi. Bila kita merajuk pun, kita kena beritahu.
Dalam pada itu, Elfira mengakui ada kalanya dia tidak selesa apabila dimarah, tetapi dari sisi positif perkara itu adalah untuk kebaikannya.
Pengorbanan ibu sangat besar. Apa yang ibadah yang dilakukan oleh ibu bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak. Saya tahu bila dia dah tiada nanti, kita pula nak buat benda tu.
Bila kena marah memang rasa tidak seronok dan selesa. Tetapi setiap ibu mempunyai cara tersendiri untuk “membentuk” dan mendidik anak mereka ke arah kebaikan. Pengorbanan seorang ibu itu besar dan kita harus hargainya.
Sumber Berita : Mingguan Wanita
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments