Spekulasi Zizan Razak bercinta dengan Bella Astillah masih lagi hangat diperkatakan. Memang nampak “chemistry” mereka berdua ketika Bella hadir ke majlis sambutan hari jadi ibu Zizan bulan lalu. Malah, Zizan juga kerap memuat naik foto mereka bersama di Instagram.
Bagaimanapun, Zizan memberitahu hubungannya dengan Bella hanya sekadar teman biasa sahaja dan tidak lebih daripada itu. Namun, dia tidak menolak sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan penyanyi itu.
Zizan akui dia selesa berkawan dengan Bella yang disifatkan sebagai seorang wanita lemah lembut.
Dia seorang yang baik, suka bercerita dan lemah lembut. Mana-mana lelaki yang tengok dia pasti akan suka. Buat masa ini saya suka berkawan dengannya, tidak lebih daripada itu.
Cara saya, kalau saya ada apa-apa yang istimewa dengan seseorang, saya tidak akan memuat naik gambar kami dalam Instagram. Kalau hanya berkawan, saya berani untuk muat naik gambar. Iyalah, sebab tiada hubungan istimewa.
Tapi lain pula ceritanya kalau ditakdirkan dia jodoh saya, takkanlah saya nak nafikan. Itu pemberian Allah.
Kalau bercinta pun apa salahnya, memang kedua-duanya pun solo. Berkawan dahulu dan kenal hati budi masing-masing. Mana tahu ada jodoh kan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments