#Hiburan: Sharifah Sakinah Petik Kata-Kata Mufti Dalam Soal Berpakaian

Penampilan pelakon Sharifah Sakinah sering dikritik terlalu seksi dan terdedah. Namun, dia sedikit pun tidak ambil pusing dengan kecaman netizen. Biarlah apa orang hendak kata asalkan dirinya tidak hipokrit dan selesa dengan imejnya itu.

sharifah sakinah muftiTerbaru, Sakinah memuat naik kata-kata pesanan seorang mufti iaitu Mufti Ismail Menk mengenai soal pemakaian dan sikap menghukum netizen terhadap orang lain.

Menurut Mufti berkenaan, kita tidak seharusnya menilai seorang wanita menerusi cara pemakaian. Kemungkinan besar dia mempunyai hati yang lebih baik serta mulia daripada mereka yang berkata-kata itu.

sharifah sakinah

Terdahulu, Sakinah menerusi satu kenyataan meminta agar netizen berhenti mengajar wanita bagaimana cara untuk berpakaian. Biarlah seseorang wanita itu bebas menggayakan apa sahaja yang mereka mahu.

Sumber Berita : Media Hiburan


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments