Meskipun berkali-kali penyanyi Sufian Suhaimi mengatakan dia sudah ‘move on’, masih ada segelintir netizen yang tidak berhenti mengungkit kisah silamnya.
Baru-baru ini Sufian tampil mempertahankan dirinya dan menemplak seorang wanita yang menuduh dia sengaja berpenampilan selekeh kerana ingin terus menagih simpati bekas tunang, Elfira Loy.
Sufian berkata, tidak perlu lagi netizen terus mengaitkan dirinya dengan bekas tunang. Elfira pun sudah berkahwin dan bakal bersalin tidak lama lagi.
Sebenarnya, benda itu tidak patut diungkit pun. Sudah lama sangat cerita itu. Orang itu pun sudah nak ada anak.
Kalau dia ingin cakap pasal penampilan atau suruh saya gembira, saya okey. Tapi kalau kaitkan seolah-olah imej ‘selekeh’ membuatkan orang lain rasa bersalah, itu yang saya terpanggil untuk balas komen mak cik tersebut supaya tiada lagi orang ungkit tentang hal seperti itu.
Dalam pada itu, Sufian memberitahu dia telah memadam komen “pedas” tersebut disebabkan terlalu banyak kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap mak cik berkenaan.
Saya rasa perkara itu biadab berlaku dalam laman sosial saya dan saya tidak suka perkara negatif.
Rasanya memang netizen dah boleh berhenti mengaitkan mereka berdua lagi. Sufian pun kata dia dah lama melupakan kisah cinta lalu dan boleh memiliki teman wanita pada bila-bila masa sahaja.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments