#Hiburan: Mamat Exists Ditahan Polis Miliki Dadah

Bekas vokalis kumpulan Exists iaitu Mamat, ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di Taman Perling Johor kelmarin.

Mamat ditahan bersama seorang lagi rakannya pada jam 11.30 malam, dimana kedua-duanya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal.

Selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, pihak polis menemui paket mengandungi serbuk putih dipercayai syabu di dalam dompet milik penyanyi tersebut. Hasil ujian saringan awal air kencing juga mendapati mereka berdua positif dadah.

Umum mengetahui kumpulan Exists bakal mengadakan konsert reunion pada 28 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Penganjur konsert Exists Reunion, Shiraz Projects, terkejut dengan penangkapan Mamat. Bagaimanapun, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Encik Shirazdeen Karim berkata, konsert tersebut akan berjalan seperti yang dirancang.

Sumber Berita : Harian Metro & Astro Awani


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments