Baru-baru ini selebriti popular, Neelofa berkongsi foto ketika dia menghadiri Milan Fashion Week di Itali. Mengenali Neelofa, ramai yang tahu dia gemar untuk mencuba pelbagai fesyen unik. Namun, busana yang digayakan Neelofa semasa acara tersebut mengundang kritikan ramai.
Kalau sekali pandang, memang nampak sopan tetapi apabila Neelofa duduk, kelihatan kainnya terangkat dan mendedahkan sedikit auratnya. Fuh! Tajam betul mata netizen.
Rata-rata netizen berkata penampilan Neelofa ketika majlis itu tidak sesuai bagi seorang wanita bertudung apatah lagi sudah bergelar ‘Hajjah’.
Netizen dakwa Neelofa belum sedia
berhijab?
“Fashion Victim”
Kita fikir positif, mungkin Neelofa pun tidak perasan busana yang digayakan akan jadi sebegitu, terselak dan kemudiannya menjadi kontroversi pula. Apa-apa pun, kami respek Neelofa seakan tidak mempedulikan setiap kecaman yang dilemparkan kepada dirinya dan terus yakin mencuba pelbagai fesyen.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments