Perkahwinan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila antara topik paling hangat diperkatakan sejak minggu lalu. Tindakan isterinya memfailkan perceraian menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai termaksuklah mendakwa sikap panas baran Sharnaaz menjadi punca rumah tangga mereka bergolak.
Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara meluahkan pendapatnya, Sharnaaz menafikan sikap panas baran dirinya menjadi punca keretakan hubungan dengan Nabila.
Dalam nada berbaur sindiran, Sharnaaz mendoakan kebahagiaan individu tersebut yang melemparkan tuduhan tidak benar.
Rata-rata netizen turut menyelar tindakan wanita itu yang sewenang-wenangnya mencetuskan spekulasi dan mencampuri urusan rumah tangga orang lain.
Sebelum ini, timbul desas desus kononnya perkahwinan Sharnaaz dan Nabila berdepan masalah, namun perhubungan mereka dilihat kembali pulih sejak Februari lalu. Kisah rumah tangga mereka kembali menjadi perhatian apabila Nabila mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu pada 29 Ogos lalu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments