Untuk sesiapa yang masih simpan kad kredit yang sudah tidak digunakan, kami ada berita baik untuk anda. Daripada anda simpan sahaja kad kredit tu, Air Asia nak bagi peluang untuk anda menang penerbangan percuma!
Kempen “Shred & Fly” adalah sebahagian daripada kempen “Earn BIG Live BIG” yang dilancarkan baru-baru ini oleh AirAsia BIG untuk menggalakkan orang ramai untuk berimpian besar dan melakukan sesuatu yang luar biasa.
Melalui mesin yang dipanggil “The Shredder”, anda boleh menyahut cabaran dengan memasukkan kad kredit yang tidak digunakan lagi ke dalam mesin. Tapi jangan risau, kerana anda tidak akan pulang dengan tangan kosong.
Pengunjung yang memotong kad kredit akan menerima sekurang-kurangnya 3,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG sehingga maksimum 100,000 Mata Ganjaran AirAsia BIG dengan syarat permohonan Kad Kredit AirAsia telah berjaya dibuat.
Antara manfaat Kad Kredit Air Asia ialah mendapat Mata Ganjaran BIG dengan setiap transaksi, naik taraf segera ke status Keahlian BIG Platinum dan tiada yuran tahunan untuk tahun pertama.
Pemegang kad ini boleh mendapatkan sehingga 6X Mata Ganjaran BIG dari perbelanjaan harian dan AirAsia*, dan memudahkan pengalaman perjalanan mereka dengan Keutamaan Daftar Masuk, Keutamaan Menaiki Pesawat dan Bagasi Xpress*.
Selain itu, pemegang kad juga akan menikmati Hadiah Selamat Datang dan Bonus Suku Tahunan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG*. Dengan Kad Kredit AirAsia, Ahli BIG boleh benar-benar #EarnBIGLiveBIG! (*tertakluk terma dan syarat)
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Spencer Lee, melalui kempen ini Air Asia berusaha memastikan keperluan dan kehendak pelanggan dapat dicapai dengan pendekatan berbeza.
“Oleh itu, Kad Kredit AirAsia membolehkan lebih ramai orang menyelami pengalaman yang lebih hebat dan pelbagai, di mana aspirasi perjalanan dan gaya hidup semua orang dapat direalisasikan.”
Dengan Kad Kredit AirAsia, ini adalah cara terpantas untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG untuk menebus penerbangan AirAsia dengan mudah. Pameran bergerak “Shred & Fly” akan memberikan lebih daripada 8 juta Mata Ganjaran BIG secara keseluruhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen “Shred & Fly”, layari laman Facebook dan Instagram AirAsia BIG.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments