#Hiburan: Saya Langsung Tidak Terima Lafaz Cerai Melalui WhatsApp – Lufya Omar

Semalam, suami kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz berkata dia sudah melafazkan cerai melalui WhatsApp dan tindakannya itu hanya memenuhi permintaan isterinya.

lufya dr che hafiz

Namun, Lufya memberitahu dia langsung tidak mengetahui suaminya itu sudah melafazkan cerai melalui aplikasi tersebut seperti yang didakwa. Lufya redha dan menerima ketentuan takdir sekiranya perceraian adalah jalan terbaik buat mereka berdua tetapi biarlah ikatan perkahwinan diakhiri dengan cara yang baik.

Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman. Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.

lufya omar bercerai

Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp. Kalau dia ada memfailkan perceraian, saya pasti ada menerima dokumen berkaitan.

Lufya berharap suaminya itu menunjukkan sikap bertanggungjawab dan melakukan cara yang betul untuk proses bercerai.

Dr Che Muhammad Hafiz

Terdahulu, krisis rumah tangga mereka mula hangat diperkatakan dan menjadi perhatian ramai selepas Lufya menerusi akaun Instagramnya mendedahkan dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin. Lufya turut mendedahkan Dr Che Hafiz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments