Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad lalu, disaksikan 5.8 juta penonton.
Menerusi laporan data Nielson Malaysia, ABPBH 32 yang disiarkan mulai jam 9 malam, merekodkan 47.5 peratus syer penonton ketika bersiaran, ia sekaligus menandingi rating program lain yang turut bersiaran pada waktu sama.
Berita itu memang kedengaran hebat sekali, namun rata-rata netizen mengatakan sebaliknya, angka jumlah tontonan itu seakan tidak relevan. Tahun ini mereka tidak teruja untuk menonton ABPBH apatah lagi terdapat kategori yang tiada kena-mengena dengan anugerah itu seperti Artis Korea Popular. Sepatutnya anugerah berprestij ini fokus kepada pengiktirafan untuk artis tempatan sahaja.
Komen netizen
Sejujurnya ABPBH tahun ini agak kurang “wow” nya. Tidak salah untuk lakukan pembaharuan dan memberikan nafas baru tetapi janganlah sampai nilai eksklusif anugerah berprestij itu hilang. Bila penonton juga tidak teruja, siapa lagi yang hendak sokong anugerah tempatan? Apa-apa pun harapnya pihak ABPBH tidak salah faham dan menerima setiap kritikan serta pendapat dengan hati terbuka.
Kredit Foto : Instagram ABPBH 32
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments