#Hiburan: Kenapa Salahkan Artis Jual ‘Flavour’ Vape? – Shuib Sepahtu

Pasaran vape atau rokok elektronik sememangnya tengah laris di pasaran. Siapa sahaja yang menghisap vape akan nampak lebih ‘cool’ mengikuti trend terkini.  Malah, ada beberapa artis tempatan juga tidak melepaskan peluang menjana pendapatan dengan mengeluarkan produk cecair perisa (flavour) mereka sendiri atau menjadi duta untuk produk vape yang lain.

shuib sepahtu vape

Seringkali juga selebriti dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat khususnya anak muda. Berbicara mengenai isu tersebut, pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkata tidak seharusnya artis sering dipersalahkan.

Kata Shuib, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak masing-masing.

artis vapeartis pengaruh vapevape shuibvape shuib

Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas.

shuib sepahtuYa, memang larangan kepada mereka yang dibawah umur sudah dijelaskan, tetapi secara logiknya bukan semua yang akan patuh. Pengaruh artis begitu besar terhadap masyarakat dan sedikit sebanyak pasti peminat mahu nampak ‘style’ seperti artis pujaan mereka, apa yang dilakukan pasti akan menjadi ikutan.  Apa pula pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments