Meskipun sudah berhenti berlakon, pelakon Zarina Anjoulie aktif di media sosial dan begitu lantang bersuara. Ramai juga netizen yang dahulu mengecamnya merasa kagum pula dengan Zarina yang begitu berani memberikan pendapatnya tentang pelbagai isu.
Bagaimanapun, nampaknya Zarina tidak boleh lekang dengan kontroversi. Terbaru, namanya sekali lagi hangat diperkatakan apabila tersebar beberapa video memaparkan dirinya tidak bertudung dan berpakaian seksi sehingga mendedahkan buah dada.
Video tersebut sebenarnya di muat naik di Insta Story Zarina sebelum disebarkan di media sosial. Mengetahui kisah silam Zarina, rata-rata netizen tidak terkejut dengan tindakan melampaunya itu.
Zarina tak pernah nak berubah.
Pandai nasihat orang, cuba la nasihat
diri tu sendiri
Ada netizen yang melabelkan Zarina hipokrit. Imej bertudung tetapi perangai tidak pernah berubah.
Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik buat Zarina dan semoga satu hari nanti dia “tersedar” dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments