Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah meminta agar netizen tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan Aliff Aziz. Itu adalah haknya dan tidak kisah dengan tanggapan orang lain.
Bella berkata tidak mahu bermusuhan dengan bekas suaminya itu dan siapa tahu kalau mereka masih ada lagi jodoh bersama.
Namun, rata-rata netizen sudah seakan bosan dengan Bella. Mengapa wanita itu masih tidak serik disakiti dan seakan memperbodohkan diri sekiranya dia benar mahu kembai bersama Aliff.
“Kalau Bella terima Aliff balik
memang bodoh”
“Lepas ini kalau Aliff curang lagi tak
payah update ‘story’ bagai”
Apa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Bila saat itu tiba, biarlah Bella buat keputusannya sendiri.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments