#Hiburan: Empat Bulan Tiada ‘Job’ Selepas Pertukaran Kerajaan – Nabil Ahmad

Pada luarannya nampak mewah, senang dan popular, tetapi kehidupan selebriti tidaklah semudah yang disangka.  Pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad mengakui tahun 2019 agak sukar baginya.

nabil ahmad

Nabil memberitahu dia tidak mendapat sebarang tawaran kerja selama empat bulan pada awal tahun ini dan ketika itu hanya bergantung pada pendapatan sebagai hos program MeleTOP dan penyampai radio Era FM.

Sejujurnya sejak tukar kerajaan, saya akui memang perjalanan kerjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job sebab semua job yang saya dah lock tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu.

nabil ahmad empat bulan tiada job

Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis kerajaan terdahulu. Jadi, sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP.

Disebabkan masalah yang dihadapi itu,  Nabil mula mencuba nasib dalam bidang perniagaan vape yang sememangnya menjadi trend masa kini dan laris dipasaran. Namun, Nabil sedar perniagaan dan produk itu bukan untuk golongan kanak-kanak di bawah umur.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : EH! Malaysia


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments