Selepas keguguran ketika usia kandungannya hampir enam minggu pada bulan Jun lalu, sejak kebelakangan ini ada khabar angin mengatakan Fasha Sandha kembali hamil, selepas salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagram menampakkan bahagian perutnya kelihatan seperti ada ‘baby bump’. Namun, pelakon wanita itu tidak memberikan sebarang kenyataan.
Terbaru, Fasha memberi bayangan bahawa dia kini sedang hamil apabila memuat naik gambar keluarga dengan kapsyen “berlima”. Ia menguatkan lagi spekulasi kehamilannya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada Fasha dan mendoakan agar dia diberikan kesihatan yang baik dan kandungan kali ini menjadi.
Jika berita ini benar, tahniah kami ucapkan kepada Fasha. Semoga segala urusan dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments