Ulang tahun kelahiran selebriti popular, Alif Satar yang ke 29 tahun semalam memang cukup bermakna sekali apabila isterinya, Shadila Halid selamat melahirkan bayi lelaki secara normal dengan berat 3.54 kilogram pada jam 11.21 malam.
Alif berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun Instagram dengan melahirkan rasa syukur tidak terhingga atas kurniaan yang diberikan kepadanya.
Menerusi Instagram Shadila pula, dia telah memuat naik foto momen Alif menggendong bayi mereka dan sempat juga menulis bait-bait indah buat suami tercinta.
Alif dan Shadila mendirikan rumah tangga pada 15 September 2014. Terdahulu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca.
Tahniah kami ucapkan kepada Aliff dan isteri. Semoga dengan kehadiran anak ini akan menceriakan dan menambahkan lagi kebahagiaan mereka sekeluarga. Tidak sabar untuk melihat wajah ‘baby boy’ mereka, agak-agaknya ikut muka siapa?
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments