#Hiburan: Aliff Dekatkan Diri Dengan Agama, Belajar Mengaji – Bella Astillah

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai penyanyi dan pelakon Bella Astillah membuat Live di Instagram bersama bekas suami Aliff Aziz. Rata-rata netizen sudah meluat dengan aksi mereka berdua dan mengatakan Bella hanya ingin meraih publisiti murahan.

bella astillah

Bella bagaimanapu menjelaskan, tiada salahnya untuk dia berbuat demikian kerana ia adalah salah satu cara untuk dia memulihkan semangat bekas suaminya itu. Tidak timbul langsung isu rujuk semula.

Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka, boleh sahaja meninggalkan IG Live kami. Lagipun, saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

aliff aziz bella astillah

Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami.

Menurut Bella, apa yang berlaku sebelum ini membuatkan Aliff hilang keyakinan diri. Bagaimanapun dia sedang berusaha untuk berubah dan mendekatkan diri dengan agama.

bella astillah aliff aziz live

Alhamdulillah, saya lihat keadaan Aliff semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji. Bagi saya, ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga.

Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.  Namun, selepas Aliff beberapa kali berlaku curang, mereka akhirnya bercerai pada 16 Mei lalu.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments