Bukan mudah untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa, tetapi penyanyi Yuna membuktikan ianya tidak mustahil.
Penyanyi berbakat besar ini sekali lagi mencatatkan momen membanggakan apabila dilamar agensi peragaan terkenal dunia, Wilhelmina Models.
Yuna berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagramnya dimana dia begitu teruja menjadi antara selebriti dipilih untuk bernaung di bawah agensi terkenal itu.
Wilhelmina Models adalah agensi peragaan dan pengurusan bakat di New York, Amerika Syarikat. Antara selebriti popular lain yang turut bernaung di bawah Wilhelmina Models ialah Shawn Mendes, Nicki Minaj dan Kendall Jenner.
Tahniah kami ucapkan kepada Yuna kerana berjaya diterima di pasaran antarabangsa, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat anak Malaysia. Semuanya hasil usaha kerasnya tanpa mengenal erti putus asa. Semoga menjadi inspirasi buat orang lain di luar sana untuk berjaya.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments