#Hiburan: Curi Wang Artis Indonesia, Aliff Aziz Didakwa Di Mahkamah Singapura

Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz hari ini didakwa di mahkamah Singapura atas pertuduhan mencuri.

aliff aziz curi duit artis indonesia

Aliff didakwa mencuri wang sebanyak 300 dolar Singapura (RM909) dan 1 juta rupiah (RM296) daripada mangsa pelakon Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri, dalam kejadian yang berlaku di sebuah bilik di Studio M Hotel, 3 Nanson Road, Singapura antara jam 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 7 Jun lalu.

aliff aziz

Bukan itu sahaja, Aliff turut berdepan tuduhan mencuri sepeket rokok dan pemetik api bernilai dolar Singapura 15.60 (RM47) daripada seorang mangsa di sebuah kafe Starbucks di Plaza Singapura dalam kejadian sekitar jam 4.45 pagi, pada 6 Ogos tahun lalu.

aliff aziz mencuri

Aliff bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak dolar Singapura 5,000 (RM15,000) dan mahkamah menetapkan perbicaraan kes akan disambung pada 1 Oktober depan.

Sumber Berita : Berita Harian Singapura


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments